top of page

UPKO Kota Marudu Mantapkan Strategi Hadapi PRN17

  • nabalunews
  • Apr 8
  • 2 min read


8 April 2025


KOTA MARUDU: Usaha memperkukuhkan jentera menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) terus giat dijalankan apabila Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Kota Marudu mengadakan Mesyuarat Pemantapan Jentera Pilihanraya pada 6 April 2025.


Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Setiausaha Penganjur UPKO Kota Marudu, James Jibi, dan turut disertai Ketua Bahagiannya, Jamil Majangkin.


Dalam taklimat yang disampaikan, Jamil menegaskan bahawa tumpuan utama mesyuarat adalah kepada pengemaskinian struktur organisasi jentera pilihan raya, pelaksanaan latihan menyeluruh, serta penyediaan rapi dari semua aspek bagi menghadapi kemungkinan senario politik PRN17.


Menurut Jamil, pemantapan organisasi bukan sekadar formaliti, sebaliknya satu keperluan mendesak bagi memastikan setiap gerak kerja jentera berjalan lancar dan berstrategi. Beliau menyeru semua ahli jawatankuasa yang terlibat agar berganding bahu dalam menggalas amanah yang telah diberikan.


“Setiap individu dalam organisasi ini memainkan peranan penting. Kita mesti bersatu hati dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran yang mungkin timbul menjelang PRN17,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Pengarah Jentera Pilihanraya dan semua anggota jawatankuasa yang hadir kerana menunjukkan komitmen tinggi.


Kehadiran barisan kepimpinan UPKO Kota Marudu turut menyerlahkan kesatuan dan kesiapsiagaan parti. Antara yang hadir termasuk Timbalan Ketua Bahagian, Matlunad Agok, barisan Naib Ketua Bahagian iaitu Badurun Tamam, Hermin Osumping, dan Suzie Salapan, Ketua Pemuda, Pillexson James serta Ketua Wanita, Norisah Mongintal.


Mesyuarat turut menyaksikan kehadiran penuh ahli jawatankuasa jentera pilihanraya UPKO P168 Kota Marudu. Suasana mesyuarat yang penuh semangat itu membuktikan kesungguhan UPKO dalam memastikan persediaan mereka berada di landasan yang kukuh dan strategik.


Latihan serta simulasi pilihan raya dilaporkan akan dijalankan dalam masa terdekat bagi memantapkan lagi pemahaman jentera terhadap peranan masing-masing di peringkat lapangan.


Dengan semangat kerjasama yang kukuh dan kepimpinan yang teguh, UPKO Kota Marudu dilihat semakin bersedia untuk berdepan dengan PRN17. Mesyuarat ini bukan sahaja menjadi platform perbincangan, malah sebagai medan menyuntik semangat juang dan kesetiaan kepada perjuangan parti.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page