UPKO Kudat Kukuhkan Hubungan dengan Komuniti Melalui Program Santai

24 Mac 2025
KUDAT: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kudat telah menganjurkan satu Program Santai Bersama penduduk Kampung Layung Pusat dan Kampung Layung Darat, Bengkoka. Program ini bertujuan memperkukuhkan hubungan antara parti dan masyarakat setempat.
Ketua Bahagian UPKO Kudat, Junsim Rumunzing, memaklumkan bahawa program ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 50 orang. Dalam majlis tersebut, beliau turut menerima borang keahlian baharu daripada cawangan UPKO Kampung Layung Pusat yang diketuai oleh Joe Dahawa serta Kampung Layung Darat yang dipimpin oleh Daivin Ahkau.
Menurut Junsim, sokongan terhadap UPKO Kudat semakin meningkat kerana parti ini sentiasa berkhidmat untuk rakyat sejajar dengan visi mereka yang mengutamakan kepentingan masyarakat.

"UPKO akan terus memainkan peranan penting dalam membantu rakyat, terutama di kawasan pedalaman," katanya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong perjuangan UPKO di Kudat. Katanya, kepercayaan masyarakat adalah bukti bahawa parti ini diterima sebagai sebuah wadah politik yang benar-benar memperjuangkan kebajikan rakyat.
Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Presiden Persatuan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Dato Rico Ongikal, Ahli Jawatankuasa Bahagian UPKO Kudat, Daniel Mosikul, Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) UPKO Pandan Mandamai serta Stephen Dayaman, Ketua PDM Kabatasan.
Dengan pelaksanaan program seperti ini, UPKO Kudat dilihat semakin komited dalam mendekati masyarakat dan memastikan suara rakyat terus diperjuangkan.
Comentarios