top of page

UPKO Ranau Adakan Mesyuarat Pertama 2025, Hulur Sumbangan Kepada Asnaf

nabalunews


30 Mac 2025


RANAU: Ketua Bahagian Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Ranau, Georgina George mempengerusikan mesyuarat pertama UPKO bahagian Ranau bagi tahun 2025, semalam.


Mesyuarat yang berlangsung di Rest House Kampung Lohan, itu bertujuan untuk membincangkan hala tuju serta perancangan strategik UPKO Ranau.


Ia termasuk bagi memperkukuhkan kedudukan parti menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang akan datang.


Selain mesyuarat, Pakatan Harapan (PH) Ranau turut menganjurkan satu majlis berbuka puasa khas melibatkan ahli-ahli komponen PH Ranau, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UPKO.


Majlis ini menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara pemimpin serta ahli parti dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan.


Dalam ucapannya, Georgina menyatakan bahawa Majlis Presiden PH masih belum membuat keputusan sama ada gabungan tersebut akan bekerjasama dengan mana-mana parti lain dalam PRN17 nanti.


Keputusan itu dijangka akan dibincangkan lebih lanjut dalam mesyuarat yang akan datang.


“Sebagai sebahagian daripada program kemasyarakatan, UPKO Ranau juga mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan kepada beberapa golongan asnaf di Kampung Lohan.


“Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mereka yang memerlukan, terutama dalam menjalani ibadah puasa,” katanya.


Menurutnya, menerusi pelbagai inisiatif yang dijalankan, UPKO Ranau terus komited dalam memperjuangkan kepentingan rakyat serta memastikan kebajikan masyarakat di Ranau sentiasa terbela.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page