UPKO Ranau meneruskan pelayanan di akar umbi
nabalunews

16 Ogos 2024
RANAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Ranau meneruskan pelayanan di peringkat akar umbi dengan mengadakan ziarah kasih untuk menyantuni dua penduduk, Empin Gilong dan Baillye Midin yang sedang sakit di Kampung Bongkud, Ranau.
Selain bertanya khabar, rombongan UPKO Ranau yang diketuai Ketua UPKO Bahagian Ranau, Georgina George, turut menghulurkan sumbangan untuk membantu membiayai kos perubatan mereka.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban Empin Gilong dan Baillye Midin.
コメント