top of page
  • nabalunews

UPKO Sepanggar bantu mangsa banjir


16 September 2024


SEPANGGAR: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Sepanggar menyampaikan sumbangan berupa air mineral dan bakul makanan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Rampayan Laut, Menggatal.


Program pada 13 September ini bertujuan untuk meringankan beban mangsa banjir selepas kediaman mereka ditenggelami air susulan hujan lebat berterusan tanpa henti.


Ketua Pemuda UPKO Sepanggar, Fardy Bungga mengetuai pasukan sukarelawan UPKO Sepanggar dalam usaha membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini. Sumbangan tersebut diharapkan dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang sedang menghadapi kesulitan.

Comments


bottom of page