top of page
  • nabalunews

UPKO serahkan sumbangan prihatin kepada Ketua Cawangan UPKO Kg Rasak Kota Marudu

21 Ogos 2024


KOTA MARUDU: Selain prihatin dengan kebajikan golongan yang memerlukan, Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) juga sentiasa prihatin untuk membantu ahlinya sendiri.


Pada 17 Ogos lalu, UPKO menyerahkan sumbangan prihatin kepada Ketua Cawangan UPKO Kampung Rasak Kota Marudu, Buril Ambung.


Bantuan ini disumbangkan Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick dan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya

Carl Moosom.


Sumbangan dan inisiatif ini mencerminkan komitmen UPKO untuk terus membantu ahli-ahlinya yang memerlukan dan memastikan mereka mendapat sokongan yang sewajarnya dalam saat-saat sukar.


UPKO akan terus berdiri teguh bersama ahli-ahlinya dan menyalurkan bantuan yang diperlukan.


Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Jamil Majingkin mengambil inisiatif mempermudahkan urusan sumbangan prihatin daripada Presiden parti ini.

Comments


bottom of page