top of page
nabalunews

UPKO sertai Pakatan Harapan sebagai parti komponen




27 Ogos 2021


1. Demokrasi Malaysia kini berada dalam keadan baharu, dimana rakyatnya mengimpikan kestabilan politik dan pembuatan keputusan yang terbaik. UPKO menyambut baik pendekatan konsep 'Khemah Besar' Pakatan Harapan untuk membina sebuah blok kukuh sebagai kerajaan seterusnya serta perancangan demi kebangkitan semula Malaysia pasca-Covid. UPKO menyertai PH demi memastikan aspirasi bagi Persekutuan yang menghormati desentralisasi kuasa, progresif dan berbilang budaya dapat dipenuhi.



2. UPKO telah dijenamakan semula pada tahun 2019 untuk menjadi lebih inkusif dan progresif dalam menjunjung dan mempromosi politik berasaskan pelbagai etnik. Perjuangan yang berfokuskan kepada rakyat jelata, tanpa mengira bangsa, agama, dan etnik. Kesepadanan didalam perjuangan inilah yang kami temui dalam perjuangan Pakatan Harapan.



3. Adalah penting bagi UPKO untuk Bersama-sama dalam sebuah kesepakatan yang tepat dalam perjuangan mendukung semangat untuk memberikan dan melaksanakan pelayanan terbaik untuk semua rakyat Malaysia. Justeru, UPKO berpendirian bahawa kesepakatan parti-parti dalam gabungan PH adalah selari dengan aspirasi tersebut. Dalam menjadi salah satu parti komponen PH akan memastikan UPKO dapat menyumbang idea-idea dari perspektif dan sudut pandangan adunan Borneo.


4.Pembuatan keputusan mengenai perkara-perkara penting lazimnya tertumpu dan berpusat di peringkat Persekutuan. Polisi-polisi dan dasar yang dibuat seringkali tersasar daripada keperluan serta kesesuain demografi Sabah. UPKO berperanan dalam memastikan perkara ini dapat diperbaiki dan diperhalusi dengan rakan-rakan diperingkat persekutuan yang mempunyai sifat keterbukaan untuk mendengar dan menerima pendapat serta idea yang diberikan. Oleh sebab itu, kerjasama serta kesepakatan yang utuh di peringkat Persekutuan amatlah penting.


5. Pakatan Harapan adalah satu gabungan parti-parti progresif yang menghormati, memahami, dan berkongsi aspirasi yang sama dalam perjuangan berterusan UPKO dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini adalah satu kesepakatan yang tepat bagi UPKO untuk meneruskan perjuangan dalam memastikan MA63 direalisasikan sepenuhnya.


6. Sudah tiba masanya untuk UPKO secara rasmi bergabung dengan Pakatan Harapan sebagai Parti Komponen dan secara aktif menyokong dinamiknya dalam memperkukuhkan blok pembangkang dalam perjuangannya untuk sebuah negara Malaysia yang Progresif.

Nelson W Angang

Setiausaha Agung UPKO

Comentários


bottom of page