top of page
nabalunews

UPKO sumbang dana untuk pembangunan infrastruktur Kg Kiau Bersatu




16 Januari 2025


KOTA BELUD: Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Malaysia, Datuk Ewon Benedick, telah menyalurkan sumbangan dana kepada Cawangan UPKO Kampung Kiau Bersatu bagi tujuan pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil, kepada Justin Dalansu yang mewakili cawangan itu.


Menurut Justin, dana yang diterima akan digunakan untuk perbelanjaan menabur batu kelikir pada jalan masuk ke Gereja Roman Catholic St. Anthony Kiau Bersatu. Usaha ini bertujuan memastikan laluan ke rumah ibadat tersebut lebih baik dan selesa untuk digunakan oleh komuniti setempat.


Beliau turut menyatakan penghargaan kepada Ewon atas sumbangan tersebut, yang disifatkan sebagai bukti komitmen UPKO dalam membantu komuniti tempatan, khususnya di kawasan Kadamaian.


“Kami amat berterima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau terhadap keperluan kami. Sumbangan ini amat bermakna dan akan memberi manfaat besar kepada komuniti kami, khususnya yang menggunakan jalan ke gereja ini,” kata Justin.

Comments


bottom of page