top of page
  • nabalunews

UPKO Tenom agih bakul makanan buat ibu tunggal dan orang kurang upaya



2 Ogos 2021


TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom mengagihkan sumbangan 200 bakul makanan untuk golongan ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di beberapa kampung di daerah itu.


Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Bunut, Kampung Manining, Kampung Undusan, Kampung Lagud, Kampung Salapong, Kampung Gunting, Kampung Luang dan Kampung Binantayan.


Menurut Pemangku Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit, bantuan itu lebih memfokuskan untuk mereka yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 disebabkan jumlah bantuan yang terhad.


"Masih ramai lagi keluarga belum mendapat bantuan bakul makanan dari pihak kerajaan dan kami berharap pihak kerajaan dapat memberi bantuan bukan sahaja secara bersasar atau menerusi sistem e-kasih, tetapi menyeluruh,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Junik berkata, bantuan bakul makanan perlu diberikan kepada semua masyarakat terutamanya penduduk luar bandar yang hampir semuanya terjejas teruk.


"Kami juga berterima kasih kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Prihatin dan individu dermawan yang membantu menjayakan misi bantuan ini.


Junik berkata, UPKO Tenom turut mengalu-alukan mereka yang ingin menyumbang kepada misi bantuan makanan ini.

Comments


bottom of page