UPKO Tenom menerima 162 ahli baharu

24 Ogos 2024
TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom menerima keahlian seramai 162 ahli baharu.
81 orang ahli baharu di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pagoukon Tenom menyerahkan borang keahlian menyertai UPKO kepada Ketua Bahagian UPKO Tenom, Junik Bajit.
Manakala seramai 35 orang ahli baharu dari Kampung Pagoukon Ulu yang diwakili oleh Sainol Sanduan dan 46 orang ahli baharu dari Kg Pagoukon Tengah yang diwakili oleh Josmeh Kungin turut menyerahkan borang keahlian menyertai UPKO.
Junik mengucapkan tahniah dan amat berterima kasih atas sokongan rakan-rakan ahli baharu yang ingin bersama dengan perjuangan Parti UPKO.
"Kita memahami ahli parti UPKO cawangan Pagoukon Manining ini memang mempunyai ahli UPKO yang sudah lama dan mempunyai akar umbi yang jelas dengan perjuangan UPKO terutamanya keahlian daripada generasi muda dan pemudanya.
"Beberapa cadangan untuk membuka cawangan baharu dikawasan ini amatlah dialu-alukan.
"Persiden UPKO, Datuk Ewon Benedick telah beberapa kali berkunjung ke Kampung Manining Pagoukon terutamanya semasa penubuhan Komulakan UPKO Tenom yang diasaskan di rumah Ketua Pemuda UPKO Tenom Gideon Gadit di Kampung Manining pada 2005.
"Semoga PDM Pagoukon Manining Terus Cemerlang," kata Junik.
Comments