top of page

UPKO Tenom terima keahlian pemimpin veteran Tionghua bersama 50 ahli baharu

nabalunews


17 Mac 2025


TENOM: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tenom terus mendapat sokongan akar umbi menerusi penyertaan lebih ramai keahlian melibatkan pelbagai kaum.


Terbaru, Ketua Bahagiannya Junik Bajit menerima penyertaan 50 ahli baharu dengan pembukaan cawangan Kampung Batu 15, Pamilaan, semalam.


Cawangan baharu itu diketuai mantan pemimpin veteran kaum Tionghua Tenom yang juga pengusaha Eco-Pelancongan Pamos, Johnny Chin.



Kemasukan Johnny ke dalam keluarga UPKO Tenom itu dilihat sebagai simbolik kepada sokongan padu parti dalam menerajui perjuangan rakyat terutamanya di kawasan Melalap.


Junik ketika ditemui berkata, kemasukan ahli baharu ini membuktikan rakyat Sabah khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap menyokong kebangkitan UPKO di peringkat akar umbi.


Katanya, mereka memberi keyakinan kepada Presiden parti Datuk Ewon Benedick yang sememangnya sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah.



“Kami di peringkat bahagian berbesar hati dengan perkhabaran gembira ini yang jelas menunjukkan UPKO khususnya semakin menjadi pilihan rakyat di Tenom," katanya.


Majlis Penyerahan Keahlian Baharu turut dihadiri Ketua Pemuda UPKO Tenom Gideon Gadit dan setiausaha CLC Melalap, Jenson Tamio.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page