top of page

UPKO terus kukuh di akar umbi

nabalunews

9 Februari 2025


SANDAKAN: Pendekatan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) yang terus menyantuni rakyat dan konsisten dalam perjuangannya menarik minat akar umbi dari pelbagai generasi untuk menyertainya.


Terbaru, UPKO Bahagian Libaran menerima penyertaan 54 keahlian baharu dan seterusnya membuka cawangan Kampung Sinar Harapan, Batu 24, di sini.


Ketua Bahagian UPKO Libaran, Dr Peter Jr Naintin berkata, kampung ini mempunyai 45 rumah yang tersusun di sepanjang jalan selain sebuah Surau Al-Firdaus.


Katanya, majoriti penduduk terdiri daripada komuniti kaum Bugis dengan anggaran jumlah penduduk melebihi 400 orang.


“Dengan adanya cawangan UPKO yang baharu ini, kita akan berusaha perkukuhkan lagi gerakan parti diperingkat akar umbi.


“Kami juga berkesempatan untuk mendengar rintihan dan harapan penduduk Kampung Sinar Harapan. Ini termasuk cadangan pengurusan kampung, bantuan pendidikan dan kebajikan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ringkas penerimaan borang keahlian baharu, semalam.


Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian UPKO Libaran, Aspar Jainal; Penyelaras PDM Batu 25 Jalan Labuk, Koh Ming Shing dan Pengerusi Penaja Cawangan Kampung Sungai Monyet, Haji Alias.


Dr Peter berkata, sejak penjenamaan semula UPKO pada Jun 2020 lalu, rakyat lebih yakin dengan kepimpinan dan pelayanan UPKO di akar umbi.


Katanya, keyakinan ini dimantapkan lagi dengan pelantikan Datuk Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah yang baru, selaku Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page