UPKO terus prihatin, salur sumbangan generator kepada Gereja Kg Minusoh
- nabalunews
- 8 hours ago
- 1 min read

7 April 2025
KINABATANGAN: Gereja Anglikan Misi Roh Kudus Kg Minusoh merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick atas sumbangan sebuah generator yang sangat diperlukan oleh komuniti setempat.
Sumbangan itu disampaikan melalui Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan merangkap Ketua Wanita UPKO, Mohina Sidom, sekali gus menyelesaikan masalah gangguan bekalan elektrik yang sering berlaku terutamanya ketika waktu ibadah.
“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick, melalui Ketua Bahagian UPKO Kinabatangan Mohina Sidom di atas sumbangan sebuah generator untuk masyarakat Kg Minusoh.
“Dengan adanya generator berkenaan, para umat gereja tidak lagi terganggu dengan masalah bekalan elektrik yang sering terputus semasa waktu ibadah berjalan.
“Terima kasih, semoga segala usaha dan impian UPKO diberkati Tuhan,” kata seorang ahli gereja berkenaan.
Ini merupakan kali kedua sumbangan diberikan kepada gereja tersebut, selepas kali pertama pada tahun 2022.
Selain itu, UPKO turut menyalurkan sumbangan kepada beberapa gereja lain di kawasan Tongod, termasuk Gereja SIB Entilibon, Gereja SIB Linayukan dan Gereja Katolik Kg Entilibon Asal.
Comments