UPKO turun padang bantu mangsa banjir Keningau
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_6cbb947b0ecb492a99829d04000d3603~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_734,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_6cbb947b0ecb492a99829d04000d3603~mv2.jpg)
8 Februari 2025
KENINGAU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Keningau meneruskan inisiatif gerak kerja membantu penduduk yang terkesan akibat banjir.
Terbaru, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) UPKO Bingkor, turun padang menyerahkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk di lapan kampung dan kawasan terjejas sekitar daerah Keningau.
Ketuanya, Kennedy John berkata, CLC UPKO Bingkor terus komited untuk membantu mangsa yang sangat terkesan dengan bencana banjir ini.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_37db3d3027ac4799bd65836585dd7fb1~mv2.jpg/v1/fill/w_809,h_1080,al_c,q_85,enc_auto/d65831_37db3d3027ac4799bd65836585dd7fb1~mv2.jpg)
Katanya, beliau bersama rombongan turun padang untuk meninjau beberapa kawasan yang terjejas dan mengenalpasti mereka memerlukan bantuan.
“Hari ini, kita menyerahkan bakul makanan, air minuman dan keperluan lain bagi meringankan bebanan mangsa yang terjejas akibat banjir.
“Antara kampung dan kawasan yang dibantu ialah Kampung (Kg) Lingkudau, Kg. Kauran, Kg. Kadalakan, Kg. Bakiau, Kg. Patikang Ulu, Taman Khong Lok Fasa 1 dan Tamu Ground Keningau serta Kota Ayangan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_20b2ac9a57664709b1c9d2dfcb016e61~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_734,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_20b2ac9a57664709b1c9d2dfcb016e61~mv2.jpg)
Turut hadir menghulurkan bantuan Setiausaha Agung UPKO, Datuk Nelson Anggang dan Ketua Wanita UPKO Keningau, Nancy Law.
Kennedy berkata, pihaknya menyalurkan lebih 250 bakul makanan dan usaha ini akan diteruskan memandangkan masih ada kawasan yang terjejas dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.
Katanya, UPKO sentiasa komited dalam menyantuni mereka yang ditimpa kesusahan kerana itu adalah tanggungjawab untuk sentiasa membantu rakyat.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_b58153701b9945b195c784f89103224e~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_734,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_b58153701b9945b195c784f89103224e~mv2.jpg)
“Bantuan ini tidak mampu menggantikan kerugian yang dialami namun kita akan sentiasa berada di sisi rakyat untuk membantu,” katanya.
Comments