nabalunews
Usahawan Dari Kg Kiau Teburi menyertai seminar asas keusahawanan
17 January 2025
Oleh Wartawan Nabalu News
Evyline Benedick
KOTA BELUD : Seramai 11 orang usahawan mewakili Kg Kiau Teburi merupakan sebahagian daripada 300 peserta usahawan TEKUN cawangan Kota Belud telah menyertai Seminar Asas Keusahawanan TEKUN Nasional yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, bertempat di Tag Valley Taginambur, Kota Belud.
Seminar yang berlangsung selama sehari ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta kemahiran asas dalam dunia keusahawanan kepada para usahawan kecil dan sederhana (IKS) serta mereka yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan.
Ketika di temubual, kumpulan usahawan ini menyatakan bahawa kemudahan pembiayaan melalui Skim TEMAN TEKUN yang mana merupakan pembiayaan mikro yang digunakan untuk membiayai secara berkumpulan amat membantu di dalam keperluan perniagaan mereka. Kumpulan usahawan ini amat menghargai usaha berterusan TEKUN Nasional dengan menyediakan pembiayaan dan latihan yang komprehensif untuk memberi pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan perniagaan yang berkesan.
Dalam ucapan perasmiannya, YB Datuk Ewon Benedick menekankan bahawa kerjasama antara kerajaan negeri, TEKUN Nasional dan masyarakat adalah kunci utama dalam memajukan ekonomi tempatan. Beliau berharap agar seminar ini memberikan impak positif dalam memacu perkembangan perniagaan kecil di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.
Comments