top of page
  • Wartawan Nabalu News

USHWANE Menyokong Program Gaya Hidup Sihat di Kalangan Usahawan Tempatan



11 Mac 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE), Rowindy Lawrence menyatakan sokongan penuh terhadap program-program gaya hidup sihat di kalangan usahawan tempatan.


Menurutnya, program sebegini bukan sahaja dapat memupuk kesedaran kepentingan kesihatan diri dan masyarakat, tetapi juga sebagai salah satu platform bagi usahawan tempatan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.


Beliau menjelaskan bahawa program seumpama ini juga dapat mempereratkan hubungan dan silaturahim antara peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang perniagaan.


Beliau berkata demikian semasa ucapan pelancaran Program TMA Fitness Rave-Up di De Borneo Function Hall Kepayan Park pada hari ini.

Di dalam program tersebut, USHWANE turut menyumbangkan wang tunai sebanyak RM1,500 sebagai tanda sokongan, yang disaksikan oleh FEP Julia Sahadan selaku Pengerusi Penganjur pada kali ini dan para peserta dari beberapa daerah seperti Kimanis, Papar, Lahad Datu, Sandakan, Membakut, Kota Belud dan Kota Marudu.


Antara acara-acara yang dijalankan ialah zumba fitness, Fuze Fitness, Team Salsation, pelbagai jenis tarian, group performance dan banyak lagi. Gerai-gerai jualan produk tempatan turut mengambil peluang mempamerkan produk mereka.


Seramai hampir 400 peserta telah mengambil bahagian daripada seluruh Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Instruktor-instruktor dari negara jiran Zin Camper, Southvibes founder & Leader turut hadir untuk memeriahkan program yang diadakan oleh Team TMA ini untuk julung kalinya.


Turut hadir bersama ialah Florence Godfrey, Timbalan Persatuan USHWANE, Zin Pinkie dan beberapa instruktor kecergasan terkemuka Sabah.


Comments


bottom of page