top of page
  • Wartawan Nabalu News

USHWANE sokong usahawan wanita Membakut cipta peluang pekerjaan


11 February 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


MEMBAKUT: Persatuan Pembangunan Usahawan Wanita Luar Bandar Sabah (USHWANE) menyokong inisiatif untuk membuka salon kecantikan, ruang urut dan salon kecantikan kuku di Pekan Membakut.


Presiden USHWANE, Rowindy Lawrence Odong berkata berkata usaha Juliah Aian binti Jusin, pemilik Agnes Wellness Beauty Care, yang mempunyai impian untuk menjadikan kedainya sebuah akademi kecantikan pada masa akan datang.


"Beliau telah menunjukkan semangat keusahawanan yang tinggi dan saya menyokong beliau untuk meneruskan usaha ini, kerana ia akan memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan dan meningkatkan ekonomi di pekan ini," kata Rowindy yang juga Ahli Lembaga TEKUN Nasional.


Beliau juga memuji Nuvis Sabah Training & Consultancy Sdn. Bhd, sebuah syarikat latihan dan perundingan yang telah banyak membantu anak-anak muda menjadi usahawan berjaya.


"Juliah merupakan salah seorang pelajar Nuvis yang berjaya dan saya berharap ramai lagi yang akan mengikuti jejak langkah beliau," kata Rowindy.


Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Puan Ani Mohd Ridzuan, Ketua Eksekutif Nuvis Sabah, Christina Sintoh, Rainih Sitian dan Suzana, ahli-ahli USHWANE, serta ahli-ahli keluarga dan sahabat handai Juliah.

Comments


bottom of page