USIA akan perluaskan penganjuran jerayawara forum Fiqah Kenegaraan di seluruh Sabah
- nabalunews
- 10 hours ago
- 1 min read

27 April 2025
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan memperluaskan penganjuran jerayawara forum Fiqah Kenegaraan di seluruh Sabah.
Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad berkata, ia susulan kejayaan penganjuran forum itu di ibu negeri baru-baru ini.
"Justeru, kita bercadang untuk mengadakan forum fiqah kenegaraan di lima lagi zon di Sabah, sama seperti forum Malaysia Madani yang USIA anjurkan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Ukhuwah Madani (Aidilfitri) di Menara USIA I Borneo, di sini semalam. Turut hadir Setiausaha Agung USIA Datuk Iman Ali.
Sapawi berkata, forum fiqah kenegaraan itu bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat, terutama umat Islam tentang dasar-dasar kenegaraan di negara ini.
Katanya, ini termasuk dasar Sabah Maju Jaya (SMJ) yamg menurutnya perlu dipromosi supaya rakyat tahu apa sebenarnya visi dan misi SMJ dan tahap kebersamaan rakyat dalam menjayakan dasar kenegaraan.
Selain Zon Kota Kinabalu, Zon lain yang dikenalpasti ialah Sandakan, Zon Tawau, Zon Pantai Barat Utara di Kudat , Zon Pedalaman Bawah di Sipitang dan Zon Pedalaman Atas.
Sapawi berkata, berkata Forum Figah Kenegaraan itu dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Kenegaraan Malaysia.
Mengenai program Ukhuwah Madani atau sambutan Aidilfitri USIA, beliau berkata majlis itu antara lain bertujuan mengeratkan silaturahim antara masyarakat, keluarga, kakitangan dan pemimpin USIA, daripada pelbagai kaum dan agama.
Comments