top of page
nabalunews

Utamakan Kebajikan Rakyat Dilanda Banjir - PM




28 November 2024


KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebajikan rakyat yang terkesan dengan bencana banjir menjadi keutamaan dan perlu diuruskan sebaiknya.


Anwar turut mendoakan agar mangsa banjir di semua negeri yang terlibat terus tabah dalam menempuh musibah ini.


Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook.


Banjir akibat musim tengkujuh melanda Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Perak dan Johor.


Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyatakat (JKM) seramai 48,858 mangsa banjir daripada 14,853 keluarga sedang berlindung di 397 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri setakat jam 3 petang.

Comments


bottom of page