top of page

Video telah disunting, tidak tahu menahu mengenai wang RM300,000 - Masidi

nabalunews



3 Disember 2024


KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang didakwa diserahkan melalui pegawai khas beliau.


Masidi dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan video memaparkan perbualannya dengan seorang individu berhubung dana RM300,000 yang dikaitkan dengannya, sudah disunting.


Beliau mengulas sebuah video tular yang disiarkan di sebuah portal berita pada Selasa.


"Saya tidak pernah ingat perbualan tersebut kerana rakaman perbualan tersebut telah disunting, yang saya ingat beliau menawarkan untuk menyumbang kepada parti dan saya telah menjawab bahawa tidak ada keperluan untuk berbuat demikian, saya tidak tahu menahu mengenai wang sebanyak RM300,000 yang kononnya diserahkan melalui pegawai khas saya," kata Masidi, dalam kenyataan itu.


Sehubungan itu Masidi mengalu-alukan sebarang siasatan oleh pihak berwajib

terhadap dakwaan itu dan akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak agensi penyiasat.

Comentários


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page