Video tular mayat seorang budak ditemui dalam tong sampah tidak benar

20 Ogos 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
TAWAU: Polis menafikan dakwaan kononnya terdapat mayat seorang budak ditemui di dalam tong sampah di Kampung Sri Menanti seperti dalam satu rakaman video yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya sudah menyemak rakaman video tersebut dan mendapati kejadian itu tidak benar.
Malah, katanya, polis tiada menerima sebarang laporan ataupun aduan berkaitan kes yang ditularkan itu.
“Rakaman video itu sebenarnya diambil pada 9 Ogos lalu di Jalan Mawar semasa berlaku kemalagan kecil di antara seorang penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasmin berkata, susulan kejadian kemalangan tersebut, anggota polis MPV dan polis trafik berada di lokasi untuk kelancaran lalu lintas.
Beliau berkata demikian sebagai memberi respon terhadap sebuah rakaman video berdurasi 22 saat yang didakwa orang ramai ada menemui mayat seorang budak di dalam tong sampah yang diletakkan di tepi jalan besar di lokasi tersebut.
Video tular itu memaparkan orang ramai mengerumuni tong sampah di tepi jalan kampung berkenaan dan timbul dakwaan penemuan mayat budak di dalamnya.
Comentarios