top of page

Wajah baharu daerah Paitan

  • nabalunews
  • Apr 8
  • 1 min read


8 April 2025


PAITAN: Daerah Paitan bakal berwajah baharu berikutan penyiapan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan untuk rakyat.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, antaranya menerusi pembangunan bandar pintar di daerah Paitan yang kini berkembang pesat terutama Projek Perumahan Pembangunan Komuniti (PPK).


Katanya, menerusi PPK, kerajaan ketika ini juga sedang membina 200 rumah PPRT bernilai RM46 juta yang sedang dalam pembangunan pada masa ini di tanah seluas 30 ekar.


“Ia turut melibatkan penyediaan kemudahan dan infrastruktur termasuk dewan, rumah ibadah, taman permainan dan keperluan lain.


"Apabila siap kelak, ia juga akan memberi manfaat kepada golongan sasar dan yang layak," katanya.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat menyatakan perkara itu ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya ADUN Sugut di kediaman James di Pekan Botition, Paitan pada Isnin.


Majlis berkenaan dimemeriahkan dengan kehadiran lebih 3,000 pengunjung selain ketua masyarakat dari pelbagai kawasan.


Dalam pada itu, James berkata, beberapa agensi kerajaan juga melihat tapak untuk membina bangunan mereka disini.


Manakala pembinaan kompleks sukan mini dan beberapa bangunan seperti KDCA House of Paitan juga kini sedang dibina.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page