top of page

Wanita Bulgaria cedera buku lali ketika turun puncak Gunung Kinabalu dibantu MoSARl

nabalunews

8 Februari 2025


RANAU: Seorang pendaki wanita warga Bulgaria berusia 64 tahun terpaksa dibantu turun dari Gunung Kinabalu selepas mengalami kecederaan di buku lali ketika dalam perjalanan turun dari puncak.


Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 7:58 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau bersama Mountain Search and Rescue (MoSAR) digerakkan ke lokasi di KM 7.2 gunung tersebut.


Operasi menyelamat diketuai oleh Komander Operasi, PBB Mourice B Ubin, dengan kerjasama pihak Sabah Parks dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Mangsa yang telah menerima rawatan awal daripada Malim Gunung kemudian dibawa turun menggunakan Robinson Stretcher sehingga ke Timpohon Gate sebelum diserahkan kepada pasukan ambulans untuk rawatan lanjut di hospital.


Misi menyelamat berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 1:15 petang.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page