top of page
nabalunews

Wanita cedera kereta terbabas ke dalam gaung

3 Oktober 2024


TAMPARULI: Seorang wanita cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 60 meter dalam kejadian di Jalan Tamparuli-Ranau, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa berusia 22 tahun itu bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohammad Nor Amit berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.09 petang.


Katanya, sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari BBP Tuaran dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 24 kilometer dari balai bagi menjalankan operasi membantu mangsa.


“Kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang terbabas ke gaung sedalam 60 meter.


“Terdapat seorang mangsa yang mengalami kecederaan dan dibawa naik menggunakan tali ke atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurutnya, mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadian.


Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan ambulans untuk rawatan susulan.


“Pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang,” katanya.

Comments


bottom of page