top of page
  • nabalunews

Wanita cedera ketika mendaki Bukit Janggut

8 September 2024


KOTA KINABALU: Seorang wanita cedera di lutut dan buku lali ketika mendaki Bukit Janggut, Sepanggar, di sini, pagi Sabtu sebelum diselamatkan oleh pasukan bomba.


Wanita berusia 31 tahun itu mengalami kecederaan berkenaan ketika menjalankan aktiviti riadah mendaki kira-kira jam 7.30 pagi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 8 pagi.


Katanya, sepasukan 8 pegawai dan anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu segera dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer dari balai.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pasukan bomba kemudian membuat rawatan lanjut kepada mangsa.


“Mangsa dibawa turun menggunakan pengusung (stretcher) oleh pasukan penyelamat,” katanya dalam kenyataan semalam.


Menurutnya, mangsa seterusnya dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi bomba ditamatkan pada jam 10.46 pagi.

Comments


bottom of page