top of page

Wanita dan bayi maut dalam kemalangan jalan raya

nabalunews


30 Mac 2025


BELURAN: Dua termasuk seorang bayi maut selepas kenderaan dinaiki terbabas sendiri dalam kejadian berhampiran Klinik Kesihatan Telupid, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, semua mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan dari Labuan untuk balik berhari raya di daerah Semporna.


Difahamkan, kemalangan melibatkan kereta Proton Saga FLX itu mengorbankan bayi lelaki berusia enam bulan dan seorang lagi wanita yang belum disahkan identiti manakala lima lagi mengalami cedera ringan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.28 pagi.


Katanya, seramai enam anggota dan pegawai terud dikerah ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 100 kilometer dari BBP Beluran untuk membantu.


"Terdapat tujuh mangsa yang terlibat iaitu empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang lagi bayi.


“Enam mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Menurutnya, seorang lagi mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan segera dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


"Dua daripadanya disahkan meninggal dunia termasuk bayi manakala lima lagi mangsa cedera ringan. Maklumat semua mangsa tidak diperoleh.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 8.30 pagi,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page