top of page

Wanita GRS pertahan kerusi yang dimenangi PRU-16

  • nabalunews
  • Mar 14
  • 2 min read

14 Mac 2025


KOTA KINABALU: Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd Dun berkata, jentera Wanita GRS sentiasa bersiap siaga menghadapi pilihan raya negeri yang dijadual diadakan tahun ini.


Katanya, kesediaan jentera wanita GRS sentiasa berada pada tahap yang baik dan sentiasa turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi.


"Kami tetap pertahankan kerusi yang kita telah menangi ini pada pilihan raya negeri ke-17 (PRN17).


"Wanita GRS juga telah menyenaraikan calon untuk bertanding pada PRU17 dan ia akan kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk dipertimbangkan," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat wanita GRS, di sini semalam.


Menurutnya, wanita GRS sentiasa bergerak turun padang bagi mendekati rakyat, mendalami permasalahan mereka tanpa mengira pegangan politik.


Sementara itu, Azizah menegaskan mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan perkara berkaitan persediaan Wanita GRS bagi menghadapi PRN17 tahun ini.


"Perbincangan ini kita adakan dari masa ke semasa bagi memastikan semua kerja berjalan dengan lancar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing," katanya.


“Contohnya, mengenai laporan-laporan berkaitan program pergerakan itu sama ada yang sudah dilaksanakan mahupun yang sedang dilaksanakan serta perancangan program yang bakal diadakan.


"Disamping merapatkan silalurahim sambil berbuka puasa bersama rakan-rakan ahli jawatankuasa wanita GRS. Ini pun kita mahu kemesraan yang sedia ada ini berterusan," katanya.


Mengenai kenyataan Pengerusi Parti Keadian Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud supaya presiden-presiden parti tidak mengumumkan calon lebih awal kerana ia akan menjejaskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).


Azizah berkata, perkara itu adalah hak masing-masing sama untuk menamakan calon atau tidak dan tidak ada siapa yang melarang.


"Bagi kami apa salahnya kami menyenaraikan calon kami. Jadi itu hak parti masing-masinglah. Kita tidak perlu bimbang.

Lagipun nama yang disenaraikan itu adalah wakil rakyat GRS. Jadi ia tiada isu," katanya.


Untuk rekod, wanita GRS mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif daripada Parti Gabungan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan ADUN Tulid, Datuk Flovia Ng dari Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)


Selain itu, dua lagi wakil rakyat wanita GRS ialah ADUN Matunggong, Datuk Julita Mojungki dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal dari Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page