WANITA LENGKAP VAKSINASI POSITIF COVID, PUNCA KLUSTER BAHARU DI TAWAU
27 Mei 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Wanita berusia 53 tahun yang lengkap vaksinasi masing-masing pada 06 Mac (Dos 1) dan 17 Mac (Dos 2) dikenalpasti kluster indeks Kluster baharu di Tawau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, Kluster Desa Ranggu itu tercetus sempena perayaan aidilfitri. “Individu yang juga kluster indeks bagi kluster ini merupakan seorang wanita mempunyai gejala sejak 15 Mei lalu, kemudiannya disahkan positif di Klinik Kesihatan Tawau pada 20 Mei hasil saringan bergejala. “Susulan kes itu, saringan kontak rapat dan kontak sosial mendapati 17 lagi kes positif, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, berdasarkan siasatan awal, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada satu kontak sosial yang berhari raya ke rumahnya pada 13 Mei lau. Katanya, kontak sosial terbabit mempunyai rekod pergerakan ke tiga buah rumah di Taman Desa Ranggu serta rumah mertua di Kg Jawa Tawau sebelum dikesan positif pada 22 Mei. “Siasatan lanjut untuk pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan,” katanya.
Komen