Wanita nyaris maut, kereta dinaiki terbabas di bahu jalan
1 Januari 2024
RANAU: Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas ke bahu jalan sebelum Pekan Nabalu, Jalan Kota Kinabalu-Ranau, petang semalam.
Dalam kejadian tersebut, wanita berusia 26 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, panggilan kecemasan diterima pada jam 3.50 petang.
Pasukan bomba bertindak membuat penstabilan kenderaan dan pemeriksaan lanjut untuk memastikan tiada bahaya di lokasi. Operasi yang melibatkan tujuh anggota dengan sebuah jentera FRT tamat pada jam 4.55 petang.
Yorumlar