top of page

Wanita parah kereta terjunam ke dalam parit

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read


20 April 2025


LAHAD DATU: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam masuk ke dalam parit sedalam kira-kira lima meter di Taman CL, Jalan Asam, di sini, semalam.


Akibat daripada kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, pemandu Proton Persona berusia 34 tahun itu dipercayai terperangkap di dalam kenderaan berkenaan.


Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam namun sukar untuk dibawa naik ke luar dari parit berkenaan.



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 11.35 malam.


Katanya, sepasukan 10 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Setiba di lokasi, terdapat sebuah kereta terbabas masuk ke dalam parit sedalam lima meter. Terdapat seorang mangsa cedera parah dan dikeluarkan orang awam sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.



“Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa naik ke tempat selamat menggunakan stretcher sebelum diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya.


Menurutnya, pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 12.07 tengah malam.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page