Wanita tanggung kesakitan tangan tersekat mesin pengisar daging
- nabalunews
- 6 minutes ago
- 1 min read

21 April 2025
TAWAU: Seorang wanita terpaksa menanggung kesakitan sebelum diselamatkan apabila tangannya tersekat pada mesin pengisar daging dalam kejadian di sebuah premis di Pusat Komersil Ba Zhong, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.37 petang menerusi MERS999.
Katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dikerah ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamatkan mangsa.

"Pasukan bertindak mengeluarkan tangan mangsa dengan memotong mesin menggunakan peralatan hydraulic Power unit.
"Mangsa yang cedera di tangan dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut,"katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jemishin berkata, pihaknya menamatkan operasi pada jam 3.47 petang sebaik memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.
Comentarios