top of page

Wanita UPKO sambut baik Dasar Wanita Negara 2025-2030

nabalunews


27 Mac 2025


KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita United Progresif Kinabalu Organization (UPKO) berharap penyertaan minimum 30 peratus wanita sebagai pembuat dasar dalam pelbagai sektor akan tercapai menerusi Dasar Wanita 2025-2030 yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga.


Menyambut baik dasar itu, Ketua Pergerakan Wanita UPKO Pusat, Mohina Sidom, berkata ia akan menunjukkan negara ini progresif dan mempunyai hala tuju yang positif untuk memartabatkan kaum wanita jika peratusan itu berjaya dicapai.


Katanya, tindakan dan inisiatif dalam Dasar Wanita Negara 2025-2030 perlu dilaksanakan secara telus dan berkesan untuk memastikan tiada golongan wanita tercicir dalam arus pembangunan negara.


"Dasar ini antara lainnya menumpukan kepada ekonomi golongan wanita membantu memperkasa golongan wanita daripada segi ekonomi supaya mereka mampu bersaing.


"Wanita juga dapat memainkan peranan penting dalam merancakkan sektor ekonomi masyarakat an negara selain menjadi penyumbang besar kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara," katanya.


Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada Hari Wanita Sedunia 2025 mahu ruang dan peluang diberikan kepada lebih ramai wanita dalam semua aspek di peringkat pembuat dasar, sekali gus membantu memartabatkan peranan wanita dalam pelbagai bidang.


Mohina berkata, peluang yang diberi sesuai dengan keupayaan wanita akan menjamin kesaksamaan dan keadilan kepada wanita serta dapat mengurangkan jurang atau diskriminasi gender.

Tags:

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page