Wanita UPKO Tuaran sumbang air mineral kepada asrama St Damiano Kiulu
2 Mei 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
TUARAN: Pergerakan Wanita Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Tuaran mengambil langkah proaktif dengan menghantar sumbangan 50 karton air mineral kepada asrama St Damiano Kiulu.
Inisiatif ini diambil sebagai tindak pantas terhadap maklumat yang tersebar secara viral mengenai keperluan mendesak untuk air bersih di asrama tersebut.
Penghantaran bantuan itu diharap dapat membantu meringankan kesulitan yang dihadapi oleh para pelajar asrama.
Dalam pada itu, Pergerakan Wanita UPKO Tuaran juga berharap sumbangan ini akan memberikan kesan positif dan membantu memastikan kehidupan seharian pelajar-pelajar berjalan dengan lebih selesa.
Comments