top of page

Warga emas cedera dilanggar kereta Maxim

  • nabalunews
  • 6 hours ago
  • 1 min read


Gambar wanita tertiarap di atas jalan raya selepas dilanggar kereta, tular di media sosial.
Gambar wanita tertiarap di atas jalan raya selepas dilanggar kereta, tular di media sosial.

26 April 2025


TAWAU: Seorang warga emas wanita, 68, cedera di bahagian kepala selepas dilanggar sebuah kereta Maxim (e-hailing) ketika melintas jalan dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi di Jalan Dunlop, pagi tadi.


Gambar kemalangan mangsa yang terbaring dalam keadaan bertiarap di atas jalan raya, turut tular di media sosial.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kemalangan itu berlaku ketika seorang pemandu kereta, 41, dalam perjalanan ke bandar dari Batu 2, Jalan Apas.


Katanya, apabila sampai di lokasi kejadian, wanita tersebut dikatakan tiba-tiba melintas jalan dari kiri ke kanan menyebabkan pemandu kereta jenis Proton Saga itu terlanggar mangsa.


“Kereta yang berada di lorong kiri terlanggar mangsa apabila tidak dapat mengelak kerana jarak terlalu dekat,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Tambahnya, akibat kejadian, kereta lelaki itu rosak di bahagian bumber depan, bonet hadapan dan cermin hadapan turut pecah.


Menurutnya, mangsa wanita kini dirawat di Hospital Tawau, manakala, polis masih meneruskan siasatan kes tersebut di bawah RUle 10 LN 166/59.


Dalam pada itu, Jasmin menasihatkan para pejalan kaki supaya sentiasa menggunakan lintasan pejalan kaki ketika melintas jalan, terutamanya di kawasan pusat bandar yang sibuk.


Katanya, orang ramai dilarang melintas jalan di tempat yang tiada lintasan pejalan kaki kerana boleh mendatangkan risiko kemalangan serta membahayakan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page