top of page
Writer's pictureMarryan Razan

Warga emas dari Kg. Sayap gembira dapat rumah baharu PPRT atas usaha Ewon


Ewon (kanan) bersama Gindawan (tengah) dan Rizoh.

23 Jan 2022

Oleh Marryan Razan


KOTA BELUD: Warga emas, Gindawan Patiyau, 82, dari Kampung Sayap kini mempunyai rumah yang lebih selesa menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).


Beliau menerima kunci rumah baharu itu pada tahun 2021 hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian yang juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.


“Terima kasih kepada Datuk Ewon atas usaha beliau membantu mempermudahkan permohonan saya mendapatkan rumah ini (PPRT).

Gindawan Patiyau

“Sebelum ini saya tinggal di rumah bambu (sebelah rumah baharu) yang dibina sejak saya masih muda dan diwarisi daripada ibu bapa saya tetapi atap pun sudah bocor, rangka kayu rumah juga sudah reput dan hampir roboh.


“Dengan adanya rumah baharu ini, saya boleh tidur dengan nyanyak,” katanya kepada Nabalu News.


Pada Disember lalu, Ewon meluangkan masa melawat Gindawan antara penerima rumah bina baharu PPRT di kawasan Kadamaian.


“Saya gembira melihat Pakcik Gindawan kini tinggal di rumah baru yang lebih selesa. Kita akan berusaha membantu agar lebih ramai warga Kadamaian yang memerlukan bantuan seperti ini, dapat dibantu,” katanya.

Ewon meninjau rumah baharu Gindawan.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Adun Kadamaian Dr.Rizoh Bosorang berkata, bagi tahun 2020 sebanyak 40 buah rumah PPRT bina baru telah dilaksana dalam kawasan DUN Kadamaian.


"Menurut rekod pejabat UPPM, pemohon (Gindawan) sudah menghantar permohonan rumah baru PPRT sejak zaman Datuk Herbert Timbun lagi (Adun Kadamaian). Permohonan memang diluluskan namun pemohon menolak kerana ianya hanyalah pembaikan dan bukan bina baru.


"Lagi pun rumah pemohon tidak sesuai untuk dibaik pulih. Jadi, semasa kita di UPPM, kita pastikan senarai nama permohonan PPRT terdahulu (yang ada dalam fail UPPM) diberi keutamaan.

Rumah lama Gindawan

"Kita semak semula fail UPPM dan kenalpasti penama yang layak tetapi belum menerima bina baru PPRT sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan oleh pejabat daerah," katanya.


Rizoh berkata, kesemua 40 buah rumah PPRT kawasan DUN Kadamaian dilaksanakan pada 2020 namun sebahagiannya lewat disiapkan akibat Covid-19 dan pelaksanaan PKPD.

Comentarios


bottom of page