top of page

Warga emas jatuh gaung ditemui meninggal dunia

nabalunews

3 Mac 2025


KOTA KINABALU: Seorang warga emas yang hilang sejak tiga hari lalu ditemui meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh gaung di Kampung Tombongon, Manggatal, di sini, hari ini.


Lelaki berusia 77 tahun itu ditemui penduduk kampung dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 1 petang sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.20 petang.


Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bomba bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Lokasi terletak kira-kira 26 kilometer dari balai bomba dan setibanya di lokasi, pasukan operasi terus mengambil tindakan menaikkan mangsa dari bawah gaung.


“Pasukan bomba terpaksa menggunakan sistem tali untuk membawa naik mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir membantu di lokasi kejadian segera melakukan pemeriksaan dan mengesahkan kematian mangsa.


“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 4.50 petang,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page