top of page

Warga Pakistan ditahan bersama 15,850 kotak rokok seludup

nabalunews

11 Februari 2025


KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga Pakistan ditahan bersama 15,850 kotak rokok pelbagai jenama yang dipercayai diseludup masuk dalam serbuan di Taman Limauan, Kinarut, semalam.


Dalam operasi Op Taring Landai itu, turut dirampas sebuah kereta Toyota Innova yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penghantaran ke pasaran sekitar.


Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, serbuan yang dijalankan pada jam 12.50 tengah hari itu adalah hasil maklumat pasukan Unit Risikan Marin (RSM).

Katanya, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan bersama sebuah kereta jenis Toyota Innova di lokasi.


“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi menemui timbunan kotak berisi rokok yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.


“Semua rokok berkenaan yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM425,400 berdasarkan harga pasaran semasa terus dirampas untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Nazri berkata, suspek dan semua barang rampasan terus diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar untuk tindakan selanjutnya.


Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.


Sehubungan itu, Mohd Nazri mengalu-alukan orang ramai supaya sentiasa menyalurkan maklumat dalam usaha membanteras kegiatan ini daripada berleluasa.

留言


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page