top of page
nabalunews

Warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia sambut baik Sistem Saraan Perkhidmatan Awam


10 Januari 2025


KUALA LUMPUR: Warga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SURUHANJAYA) menyambut baik sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)


Ketua Pegawai Eksekutif SKM Datuk Rusli Jaafar dalam satu kenyataan media berkata, ini kerana SSPA memfokuskan kepada aspek kemampanan saraan, pembangunan organisasi dan pengurusan bakat yang menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Disember 2024.


Beliau berkata, pekeliling ini telah diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah bagi pemakaian di Suruhanjaya.


Tawaran pemilihan opsyen SSPA telah dibuka kepada semua Pegawai Suruhanjaya bagi menggantikan

SSM yang berkuat kuasa pada 1 Disember 2024.


Seramai 1,067 (100%) Pegawai Suruhanjaya telah menandatangani penerimaan SSPA ini.


Pelarasan gaji baharu telah diterima Pegawai Suruhanjaya pada Disember 2024 lalu, dengan gaji dalam perkhidmatan mengikut kadar SSPA yang telah ditetapkan.


Melalui SSPA, Suruhanjaya akan memastikan penyampaian perkhidmatan dapat ditingkatkan bagi memenuhi harapan rakyat serta pemegang taruh yang semakin meningkat serta memenuhi hasrat dalam menjayakan agenda Malaysia Madani.

تعليقات


bottom of page