top of page

Waris mayat lelaki ditemui di parit sudah melakukan pengecaman

  • nabalunews
  • 8 hours ago
  • 1 min read


30 April 2025


TAWAU: Waris kepada mayat seorang lelaki yang ditemui terapung di parit oleh orang awam berhampiran Pusat Komersil Ba Zhong, pada tengah hari semalam sudah melakukan pengecaman terhadap mangsa.


Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Sazali Semail, 28, merupakan rakyat tempatan beralamat di Kg Titingan.


“Mayat mangsa sudah dicamkan oleh kakaknya, manakala, pihak koroner menetapkan Jumaat ini (2 Mei) untuk proses bedah-siasat kerana menunggu kehadiran pakar,”katanya kepada media, hari ini.


Menurutnya, keluarga mangsa yang hadir melakukan pengecaman mayat turut mengesahkan mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan.


Tambahnya, setakat ini kes masih lagi diklasifikasikan sebagai kes laporan mati mengejut (Sudden Death Report) dan siasatan lanjut masih dijalankan.


Jasmin juga berkata, setakat ini sedikit kecederaan di muka mangsa tidak cukup mengaitkan dengan sebarang perlaku jenayah, sebaliknya dipercayai kesan gigitan binatang.


Terdahulu, media sebelum ini melaporkan penemuan mayat yang lengkap berpakaian baju dan seluar oleh orang awam dalam keadaan terapung di dalam parit di Jalan Kg Titingan.


Bahagian wajah mangsa kelihatan tidak sempurna, namun, punca keadaan itu tidak dapat dipastikan sama ada akibat digigit haiwan ataupun perbuatan jenayah.


Bilik Gerakan (DCC) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tawau menerima maklumat penemuan itu daripada orang awam menerusi panggilan telefon pada jam 12 tengah hari, semalam.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page