top of page
nabalunews

Warisan dijemput sertai GRS



Christoper Mandut

6 January 2025



KOTA KINABALU: Parti Warisan Sabah (Warisan) dijemput menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk sama-sama membangunkan negeri Sabah.


Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS), Christoper Mandut berpendapat, Sabah akan lebih maju jika semua parti politik, termasuk parti pembangkang Parti Warisan, mengetepikan perbezaan dan mengutamakan perpaduan.


"Ini pasti akan menjadi langkah positif ke arah masa depan yang lebih cerah untuk Sabah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal, yang mendakwa bahawa Warisan telah berulang kali menawarkan kerjasama kepada GRS, tetapi hingga hari ini tiada kemajuan tercapai.


"Ini adalah kali pertama kami mendengar niat presiden Parti Warisan, kerana sebelum ini beliau dan parti Warisan sering mengkritik GRS.


"Kami menyambut baik niat ini jika Warisan benar-benar bersedia ingin bekerjasama demi kepentingan Sabah," katanya.


Christoper berkata, GRS, yang kini dianggotai lapan parti komponen sentiasa mengutamakan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri.


Justeru katanya, jika Warisan serius untuk menyertai perjuangan ini, kami menjemput mereka untuk menghantar permohonan rasmi bagi menjadi sebahagian daripada keluarga besar GRS.


Comments


bottom of page