Wartawan veteran TV3, Ketua Editor Nabalu News Elphege Godomon meninggal dunia
24 Disember 2024
KIULU: Bekas wartawan TV3 Elphege Godomon yang juga ketua editor Nabalu News meninggal dunia 5.30 pagi tadi pada usia 53 tahun di kediaman keluarganya di Kampung Kionsom Lama, di sini.
Perkara itu dimaklumkan oleh abangnya Ben menerusi media sosial.
Elphege yang berpengalaman luas dalam bidang kewartawanan pernah berkhidmat di Bilik Berita dan Hal Ehwal Semasa TV3 Sabah selama 24 tahun sejak 1994 dan jawatan terakhir sebagai Ketua Biro Sabah pada 2018.
Mendiang juga merupakan pemenang pelbagai anugerah kewartawanan.
Elphege, kehilangan isterinya pada 2016, meninggalkan dua anak, berusia 17 dan 19 tahun.