Waspada tawaran pekerjaan luar negara yang menjanjikan pendapatan lumayan
nabalunews

15 Mac 2025
SANDAKAN: Pencari kerja di negeri ini disarankan supaya sentiasa berwaspada dengan peluang kerja yang menawarkan gaji lumayan di luar negara.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, mereka sepatutnya mendapatkan maklumat daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja.
“Orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat sebenar bagi memastikan ia benar-benar wujud atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pada Majlis Iftar Ramadan Pesuruhjaya Polis Sabah Bersama Warga IPD Sandakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Kontijen Sabah, Senior Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek dan Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah.
Terdahulu, program anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu diadakan bagi menyantuni petugas PDRM IPD Sandakan dan Pos Pemeriksaan Darat (RCP) Nangoh sempena bulan Ramadan.
Pada majlis berkenaan, Jauteh turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan anak-anak yatim piatu.
Comentarii