top of page

'We Care Marudu': Program Prihatin UPKO Bantu Golongan Memerlukan

nabalunews

Jamil menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Mabin
Jamil menyerahkan bantuan kerusi roda kepada Mabin

25 Januari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA MARUDU: Program kebajikan ‘We Care Marudu’ hasil inisiatif Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) daerah ini, terus giat dilaksanakan bagi meringankan beban masyarakat setempat yang memerlukan.


Gerak khidmat itu mencerminkan komitmen UPKO dalam membantu golongan yang memerlukan melalui pendekatan inklusif dan mesra komuniti.


Terbaru, seorang warga emas, Mabin Epak dari Kampung Nolotan, di sini, menerima bantuan kerusi roda sebagai tanda sokongan kepada keperluan mobilitinya.


Ketua Bahagian UPKO Kota Marudu, Jamil Majangkin berkata, sumbangan berkenaan adalah sebahagian usaha UPKO menerusi kerjasama program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan Yayasan Bank Rakyat (YBR).


Katanya, usaha itu amat relevan dalam memastikan golongan memerlukan tidak terpinggir, khususnya warga emas yang mempunyai keperluan tertentu.


“Inisiatif ini adalah hasil keprihatinan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick, kerana YBR adalah agensi di bawah kementeriannya.


“Kerjasama ini mencerminkan usaha holistik kementerian dalam mendukung kesejahteraan rakyat melalui pendekatan yang berimpak besar,” katanya.


Jamil berkata, program 'We Care Marudu' bukan saja tertumpu kepada bantuan fizikal seperti kerusi roda, tetapi juga menyediakan pelbagai keperluan lain.


Katanya, pendekatan berterusan itu diharapkan dapat memberikan manfaat jangka panjang kepada penerima dan mengukuhkan jaringan komuniti yang prihatin.


“Sejak program ini dimulakan, ia mendapat sambutan positif masyarakat setempat yang menghargai keprihatinan UPKO membantu mereka yang kurang bernasib baik.


“Sokongan seperti ini adalah bukti kesungguhan UPKO dalam menzahirkan nilai kemanusiaan dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat,” katanya.


Sehubungan itu, Jamil menyeru agar lebih banyak agensi dan pihak swasta tampil bekerjasama menyokong program berkenaan.


Katanya, ia selaras dengan usaha memperluaskan lagi capaian program kebajikan ‘We Care Marudu’.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page