top of page

Yayasan PETRONAS kongsi ceria menjelang Aidilfitri kepada 150 penerima di Labuan

  • nabalunews
  • Mar 27
  • 2 min read


27 Mac 2025


LABUAN: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, Yayasan PETRONAS sekali lagi menyerlahkan komitmen menyokong komuniti menerusi inisiatif Memacu Kehidupan dengan menyumbangkan barangan makanan dan pek perayaan kepada 150 penerima di Labuan.


Pengagihan sumbangan itu berlangsung di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan melibatkan sebahagian besar penerima manakala selebihnya diserahkan semasa majlis berbuka puasa selepas itu.


Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek menyampaikan sumbangan pada majlis itu sambil diiringi Pengurus Besar PETRONAS Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab, dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals Methanol Sdn Bhd, Hiffani Mohd Jalil.


Ketika berucap pada majlis itu, Hiffani berkata, dalam menunaikan ibadah Ramadan, ini juga masa untuk memupuk perpaduan, kesyukuran, dan pembaharuan.


Katanya, semua kita bersyukur dengan kesempatan yang ada untuk menyantuni masyarakat di Labuan.


“Peluang untuk berkongsi keceriaan khususnya menjelang Aidilfitri pastinya memupuk rasa kebersamaan yang lebih mendalam.”


“Melalui inisiatif Memacu Kehidupan, Yayasan PETRONAS terus menyemarakkan keceriaan kepada komuniti di seluruh negara sempena sambutan perayaan utama,” katanya.


Sementara itu, pada hari yang sama, Yayasan PETRONAS turut menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada 300 penerima di Tuaran menerusi inisiatif Memacu Kehidupan.


Penyerahan barangan keperluan dan pek perayaan itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya pada Majlis Berbuka Puasa Madani di Padang Istiadat Tuaran.


Antara barangan yang telah diagihkan ialah minyak masak, makanan tin, tepung, dan gula. Yayasan PETRONAS bertekad untuk terus menyemarakkan semangat harmoni di seluruh negara, khususnya pada musim perayaan.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS Shariah Nelly Francis yang turut hadir dimajlis itu berkata, sambutan Aidilfitri diraikan dengan rasa penuh gembira dan semangat kebersamaan.


“Menerusi inisiatif Memacu Kehidupan ini, kami ingin memeriahkan lagi suasana hari raya.”


“Di Yayasan PETRONAS, kami komited untuk mendekati dan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, terutamanya pada musim perayaan,” katanya.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page