YBR melalui Program I Care Kadamaian sumbang katil boleh laras kepada warga emas

24 Julai 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Empat warga emas dari tiga kampung di Kadamaian menerima katil boleh laras sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerusi Program I Care Kadamaian pada Selasa.
Penyerahan dan pemasangan katil-katil ini telah dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan Kadamaian serta kakitangan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian.

Keempat-empat penerima tersebut adalah dari Kampung Tambulion Laut, Kg Tamu Darat dan Kg Narinang.
Program I Care Kadamaian merupakan sebuah inisiatif yang dilaksanakan oleh Kelab Kebajikan Kadamaian untuk membantu golongan yang memerlukan di kawasan Kadamaian.
Comments